kata-kata-sedih

bila aku berbicara
kau takkan pernah mendengar
suaraku berkata
bila aku menangis
kau takkan pernah mendengar
esak tangisanku
bila aku berdiam
kau takkan pernah mengerti
apa yang aku fikirkan
kerna sekalipun
aku tidak akan pernah bersuara
aku tidak akan pernah berbicara
aku hanya berbisik pada jiwa
aku hanya meluah pada jiwa
kurasakan indah
pabila jiwaku mampu mengerti aku
kurasa tenang
pabila jiwaku mampu mendamaikan aku
pandangilah aku
bukan ke arah mataku
pandangilah aku
atas dasar jiwaku
kerana
jiwa ini kurasakan kesyukuran
keindahan yang Tuhan anugerahkan
untuk diriku…

BY IMAM

Iklan